Isnin, 31 Ogos 2009

nama syaitan dalam surah al-fatiha

Maklumat ini saya perolehi dari satu edaran oleh seorang hamba Allah selepas solat Jumaat. Sila semak kesahihannya: Risalah tersebut berbunyi:-Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah yang disalah baca, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan:1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NASSIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.AMIN ..............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA .... dua harakat, MIN .....tiga harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah.Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.Perhatian:-Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,Insya-Allah.Begitulah adanya bunyi risalah pendek tersebut.
Posted by yusairi at 11:56 PM 0 comments

0 komen: